oh setelah sekian lama tak menghapdate resipi kat sini. hehe. bukan tak memasak dah skang,in fact sangat selalu memasak time cuti2 ni.maklumlah, surirumah mithali. hee..cume takde dish yg menarik untuk di share kan dengan kengkawan. kawan2 ape kabar?? (chewah,dah jadi macam blog sendiri plak). ok la, mari usha resipi ikan stim ni..resipi aku hentam saje.
bahan mahan
ikan
1. seekor ikan siakap yang bersaiz sederhana disiang dan dibersihkan.kalau nak buat seekor teros pon boleh, atau kalo nak potong2 pon boleh.oh ye aku tak pakar tentang ikan2 neh.jadi kalau rase nak try gune ikan lain sile search the Internet sendiri atau tanye mak masing-masing ok.hehe
2. due cubit garam dan sedikit lada hitam disapukan pada ikan.
3. perahkan sedikit limau nipis pada ikan untuk menghilangkan baunya.dan perapkan untuk 3-4 minit.
sos 1. 2 clove bawang putih, 1/2 batang serai dan sedikit halia (lebih kurang besar ibu jari) ditumbuk tidak lumat. kalau tak nak tumbuk, hiris pun boleh saje.
2. 1 bawang besar - dihiris
3. 1 tomato - dihiris
4. 2 sudu besar gula
5. 2 sudu besar sos tiram
6. 1/2 biji perahan air limau nipis
7. 2 biji cili merah atau padi - dihiris (ikut tahap kepedasan anda)
cara mara
1. nak buat steamed fish ni yang penting korang mestila ade equipment untuk stim. so, boiled kan air dalam periuk stim terlebih dahulu. agak2 dah cukup boiled, letakkan ikan yang telah diperap tadi di atas steamer. oh ye, ikan tadi boleh diletakkan dalam aluminium foil atau kalau takde foil letak je dalam pinggan terus, janji bole je. name pon easy breezy.
2. sementare ikan tadi tu half done, kite buatkan sosnye. campurkan semua bahan2 sos tadi dan kacau sebati dalam mangkuk. kemudian tuangkan sos ke atas badan ikan tadi yang telah selamat berada di dalam steamer.biarkan selame 5-6 minit mengikut saiz ikan. dan siap hidang. kalau rajin nak garnish, garnish la sendiri mengikut kreativiti korang. kalau korang nak tokok tambah resipi ni pon boleh saje. yang penting, sedap.
that's all peeps!
0 comments:
Post a Comment