Hi, wah saya dah join cook-a-rama. and since most of the author here likes to post the modern dish, let me post the traditional ones. hehe
Rendang Pedas Ayam
Resipi ini khas ditujukan kepada rakan2 yang nak beraya kat UK tuh.. jangan nangis ye tak dapat rendang buatan emak atau nenek, gunalah resipi ini dan bikin sendiri itu rendang okay..
Bahan2
Seekor Ayam la for sure (dipotong saiz sederhana)
Bawang merah - 6-7 biji
Halia -(err, saiz ibu jari kaki)
Daun Kunyit - 3-4 helai
Serbuk Kunyit
Cili Kering (Guna cili yg dah siap digiling tu pun bole, to kureng kick la)
Serai - 2 btg
Santan - 300ml (atau sebanyak 2 biji kelapa)
Garam - secukup rasa
Asam Keping - 2 kpg
Masak-masak
1. Gaulkan serbuk kunyit pada ayam dan biarkan beberapa minit.
2. Hiris HALUS-HALUS bawang merah, halia, serai dan daun kunyit.
3. Basuh cili kering dan buangkan bijinya (taknak buang pun takpe) dan masukkan ke dalam blender. Masukkan sedikit air dan blend sampai hancur lumat.
4. Masukkan ayam tadi kedalam kuali serta bahan-bahan yang telah dihiris.
5. Tuangkan blended chili tadi ke dalam kuali.
6. Hidupkan api (sederhana) dan kacau bahan2 dalam kuali tu sampai kering sedikit.
7. Setelah bahan2 tadi mengeluarkan aroma yg menusuk hidung dan agak kering, barulah tuangkan santan ke dalam kuali.
8. Agak-agak semua bahan dah rata, masukkan garam sesedap rasa sendiri.
8. Kacau kacau dan kacau sampai ayam masak, then siap! (Tahap kekeringan rendang bergantung kepada citarasa sendiri)
sekian buat kali in
salam perpaduan..
Photo
4 years ago
0 comments:
Post a Comment