banana in pyjamas?

Wednesday, September 10, 2008

jangan tertipu dengan tajuk itu..hehe. sebenarnye nak bagi resipi pengat pisang. tau ke ek ape mende tu?? hentam saja laaa.. tak tahu sila lah tanya ye.

Pengat Pisang

some people called it pisang sira lemak
(pengat in english ape ek?)

Bulan-bulan puasa ni, saya amat suka pengat pisang! makan lepas terawikh, layan gila beb.hehe

Bahan membahan
Pisang Abu yg tak berapa muda tak berapa masak
Gula Kabung ( gula lain pun boleh eg. gula pasir, gula perang tp gula kabung the best! ) - agak2 sudey, ikut jumlah pisang yg ada.
Santan - 100 - 150 ml
Daun Pandan - 2-3 helai
Sagu - 2 sudu besar
Air

senang gila je nak buat. mula2, larutkan gula kabung dgn air dlm periuk atas dapur.
lepas tu, bila dah larut masukkan pisang, sagu dan daun pandan ke dalam periuk. daun pandan tu ikat simpul mati ala2 pengakap punya style. bila pisang dah agak masak dan serap larutan gula tu masukkan santan. kacau sentiasa untuk mengelakkan santan td pecah. pecah santan tu macam cair dan kelihatan berbiji-biji.(err, faham2 jela). kalau agak pekat boleh la masukkan sedikit air. then,siap! lepas tu makan la! hehe

that's all for now!
salam perpaduan..

0 comments: