Bubur Ayam ala-ala Bubur Ayam McD (yang macam dekat Malaysia tu...)

Wednesday, November 19, 2008




Seriously, saya baru sahaja cuba tadi. Cuba-cuba guna resipi sendiri. Wahhh... menjadi jugak laaa, macam sedap je... Ceh, perasan sungguh, hehehe~ Ok, sila ambil resipi ini. Adalah amat rugi jika anda yang membaca tidak mencubanya. Jadi, selamat mencuba...!!!

Bahan-bahan:

1) Beras sudah semestinya
2) Pati ikan bilis, kalau takde, chicken stock pun boleh jugakla
3) Halia
4) Bawang putih
5) Bawang merah
6) Minyak sedikit saja, kolesterol banyak tak elok
7) Ayam mesti ada, nama pun bubur AYAM
8) Lada merah, hijau pun boleh
9) Garam

Cara-cara:

1) Beras itu harusla dibasuh
2) Buang kulit halia. Tak payah hiris. Sebesar penumbuk pun tidak mengapa
3) Tumbuk bawang putih, hancurkan
4) Bawang merah pulak; hiris halus-halus dan goreng sampai garing, jangan kasi hangus
4) Potong la isi ayam supaya menjadi kecil-kecil cili api
5) Lada dihiris halus-halus. Biji kena buang tau!
6) Ok, mari kita mulakan...
  • Masukkan beras dalam air yang sangat banyak. Contohnya, nisbah 1:4 atau 1:3
  • Masukkan sedikit pati ikan bilis atau chicken stock. Erk, kalau guna chicken stock tu jgnla tuang banyak sangat, sebab air pun dah banyak. Jadi harus tahu agak-agak kuantitinya
  • Letakkan minyak masak sikit, contoh minyak; olive, vegie, kacang...
  • Sekarang letak halia, bawang putih, lada merah, daging ayam dan bawang goreng. Tutup rice cooker dan tunggu sampai masak.
  • Sesuai dinikmati bila-bila masa. Hehehe...
  • Nak extra pedas boleh tambah lada sulah

1 comments:

Anonymous said...

Pakai minyak olive?? Biar betul,. Setahu saya, pakai minyak bijan,.