Poo..Dink..Roo..Tii

Sunday, September 7, 2008

Hasilnya

.......

"Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat aku berpeluang berada di laman sesawang ini untuk menyepahkan resepi sesuka hati aku".

Hah tudiah, ayat rasmi untuk kesekian kalinya disebabkan ini pertama kali di invite, maka menjadi sangat 'tidak ketahuan'.

Roti yang direndam sehingga kembang

Bahan-mahan-

Roti Gardenia yang dah nak expired @ yang dah expired tanpa sebarang kehadiran unsur=2 'kekulatan'.

Susu segar + susu cair + susu pekat.

Air


# Rendam semua roti dalam air dan susu selama 20 minit, atau sehingga kembang macam Cik Nur-bukan nama sebenar.


Masa untuk membancuh


Bahan-mahan-

Sesudu besar tepung jagung.

Susu cair setengan cawan.

Telur ayam 5 biji, kalo saiz C tambahkan sebiji lagi.

Gula mengikut citarasa kencing manis anda. Kalo boleh campur gula merah dan gula pasir. Gula merah akan memberi rasa manis yang lembut dari gula putih dan juga memberi warna pada puding roti.


Oats dan sebuk nestum dikisar halus.


Biskut cream crackers yang juga diramas halus.


Madu 2 camca.


Serbuk kulit kayu manis sedikit.


Esen vanila 1 sudu kecil.


Mixed Fruits, atau hirisan kurma atau badam hancur.


Boleh juga ditambah corn flakes yang diramas halus.


Tambah sedikit susu pekat manis lebih kurang satu camca.


Krim putar 2 camca.


#Gaul bahan=2 di atas sampai sebati dan kembang, masukkan roti yang telah direndam tadi dan gaulkan. Griskan mangkuk pembakar dan tuangkan adunan. Ia akan menjadi sedikit cair, tapi jangan riso, bukankah kelembapan itu idaman semua wanita! Letakkan sedikit butter di atas adunan before bakar supaya adunan tidak cepat kering kontang! Ada sesetengan bahan=2 di atas adalah optional, maka ikotlah selera dan citarasa anda. Ukur baju di badan


Kuantiti setiap bahan mengikut nafsu anda , bukankah elok mengukur baju di badan sendiri.


#Kalau rasa tahap kolesterol dalam badan masih kureng, maka marilah kita membuat sos untuk di makan bersama puding roti ini. Anda hanya perlu masukkan susu segar + gula + tepung kastad+ air. Dan finally tuangkan di atas puding roti yang telah di potong.




Masukkan Kismis @ Mixed Fruits


#Tips, kalau anda mahu buat roti yang telah dibuang kulitnya pon takpe, tapi kalo tak mahu membazir, masukkan aja, bertambah sedap. Susu segar plus susu cair lagi sedap jika dibandingkan dengan penggunaan susu cair sahaja. Boleh hiaskan dengan coklat cair sebagai sos juga.

#Puding ni, tak manis sangat so sangat sesuai untuk golongan janda dan ibu tunggal yang ada diabetes. Tapi if nak letak susu pekat so make sure gula kurang sikit. Pastu boleh add madu sikit. Nak masukkan any perasa pon boleh, lemon ker @ durian belanda??.

Yang Pasti: Kedah Majoo 2010

Salamat MencobaQ!

0 comments: