Makan Biskut, Jangan Kedekut

Friday, September 12, 2008


Tajuk menggunakan rima kata yang seirama, asalkan tidak menggangu-gugat perlembagaan undang=2 sudeh.

Sebelum aku nak mengikuti jejak kasih rerakan chef tidur, aku nak mengshare 2-3 jenis biskut sempena lebaran yang mendatang.(macam ayat sampaikan salam aidilfitri plak).

Biskut Cornflakes Rangup.

Resepi-ada dalam blog aku post zaman Abu Nawas-tak ingat dah bila.

Biskut Sarang Semut.

Boleh sewakan biskut sarang semut ini kepada semut dengan harga langsung berpatutan sempena musim perayaan.
Bahan-mahan:
Tepung gandum,jagung,kastard-kira satu keluarga tepung la.
Esen Vanila secukup rasa korang.
Butter 250g.
Gula aising mengikut tahap diabetes anda.
Chocolate rice & and yang kaler=2 juga.

#Campur semua diatas yang mana rasa patut dicampur. Parutkan dengan halus dan masukkan kedalam paper cup menggunakan sudu. Kemudian hias dengan chocolate rice @ apa=2 yang disukai. Bakar. Kalau rasa kurang berstail membuat biskut ala=2 kekampungan ini, boleh mencuba biskut sarang maksiat mahupun sarang penyeludupan. Pilihan di tangan anda.


Biskut Aiskrim

Jauh panggang dari api dari Walls-Cornetto perhaps.

Bahan-mahan:
Tepung gandum-240g, jangung-100g,and kastard-160g,ubi kentang
Telur ayam pencen 2 biji-kuning saja.
Gula aising 60g.
Shortening kalau suka.
Esen Vanilla.
Serbuk Penaik Semangat.
Butter
Chocolate rice plus manik=2 berwarna.
Coklat Masak untuk dicelupkan.
Hiasan gula manik=2 berwarna yang boleh didapati di kedai=2 kek berdekatan.

#Campur bahan=2 dia atas secara bergaya dan berstyle dan tekapkan menggunakan acuan
aiskrim. Amaran : Jangan sekali-kali menggunakan kon aiskrim plak. Bakar sampai masak, celup dalam coklat masak & tabur dengan manik hiasan berwarna pasti=2 politik yang ada di Malaysia.

Biskut Golongan Janda Mencari Duda (Samperit).

Samperit. Hiaskan mengikut kreativiti anda. Fakta-memotong ceri amatlah bosan. So stop using Cherry merry.

Bahan=2:
Tepung Gandum 240g.
Tepung Jagung plus minus 140g.
Gula aising 140g (kalau anda golongan diabetes tambah lagi sekali ganda kuantiti gula ini).
Tepung Kastard 150g.
Butter dalam 280g.
Telur Kuning 2 biji.

#Campur semua bahan di atas dan gunakan acuan bersesuaian untuk membentuk samperit. Hiaskan dengan ceri @ manik @ yang sewaktu dengannya. Nak letak esen vanila @ serbuk penaik pun boleh. Bakar dengan suhu 170 selama mana yang difikirkan wajar.

Caution:Resepi diatas adalah hanya untuk golongan yang makan tak lalu, tidur lena, mandi basah, shampoo cuci. Jikalau anda bukan dari kerabat ini, diminta tidak curi=2 membuat resepi ini kerana anda akan terima balasan di kemudian hari. Selepas mencuba resepi ini badan anda=2 sekalian akan berukuran 36-19-22. Tertakluk pada terma & syarat.
Diantara resepi paling genyah (kalau dalam bahasa Kedah is complicated) ialah biskut aiskrim, sebab kena wat 2,3 keja. So kalo nak senang buat aja Resepi Si Janda jika anda duda dan sebaliknya.
Salam biskut.
Majulah Durian Burung Untuk Konsortium.
Majulah Maraliner untuk Transnasional.
Selamat pulang ke kampung halaman.
-salam aidilfitri daripada semua chefs cook-a-rama sempena lebaran-

2 comments:

ejanas said...

aku memang peminat kau kim!!

Nurhakimah Jamel said...

aku paham dan mengerti